Program Nilam

Latar Belakang Program Nilam

Satu kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 mendapati rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Pada hakikatnya suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu.
Menyedari hakikat ini pelbagai program galakan membaca telah diadakan di peringkat sekolah. Program terkini yang rancak dilaksanakan ialah “PROGRAM NILAM” yang mula diperkenalkan pada tahun 1998.
 
Matlamat
Matlamat Program Nilam ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan pelajar.
Objektif
  1. Menjadikan pelajar banyak membaca
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat suka membaca
Ciri-Ciri
  1. Program Nilam mempunyai dua tahap iaitu:
    • TAHAP JAUHARI
    • TAHAP RAKAN PEMBACA
  2. Pengiktirafan dan ganjaran bagi setiap tahap adalah seperti berikut:
    • Tokoh membaca bulanan (sesi pagi / petang)
    • Tokoh membaca tahunan (sesi pagi / petang)
    • Kelas paling banyak membaca tahunan (sesi pagi / petang)
    • Menjadi Kelab Rakan Pembaca
Pelaksanaan
Pihak-pihak yang terlibat dan memainkan peranan dalam menjayakan Program Nilam ialah:
  • Pengetua
  • Penyelaras, Setiausaha dan AJK Nilam (Guru)
  • Guru PSS
  • Guru Kelas / Tingkatan
  • Guru Mata pelajaran
  • Ibu Bapa
  • Pengawas PSS
  • AJK Nilam (Pelajar)
  • Murid / Pelajar
Peranan murid / pelajar dalam menjayakan Program Nilam adalah seperti berikut:
  • Memiliki Buku Rekod Bacaan Nilam (RM 2.00 di PSS)
  • Memiliki “Smart Card”
  • Meminjam buku sekurang-kurangnya satu buah buku setiap dua minggu
  • Membaca buku sebanyak mungkin