Peraturan

  1. Buku sendiri, semua jenis fail, makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke Pusat Sumber. Buku  nota  dan  alat  tulis  sahaja  dibenarkan.
  1. Pakaian yang dibenarkan :   pakaian  seragam  sekolah,   t-shirt  yang  ada  nama  sekolah,  pakaian   PJ.

      Pakaian yang dilarang     :   seluar  jeans,  selipar,  jaket,  topi,  t-shirt  yang  tiada  nama
sekolah.

  1. Guru  dan  pelajar  hendaklah  membeli  Kad  Matrik  dengan  harga  RM1.00.
  1. Denda sebanyak  RM4.00 akan dikenakan kepada  guru  dan  pelajar yang  menghilangkan  kad  matrik.
  1. Setiap  pelajar  boleh  meminjam  3 buah buku pada  satu  masa:

5.1     1  buku  rujukan ‘ Green Sport ’  (PMR,  SPM, STPM)  dan

5.2     2  buku  fiksyen  atau  ilmiah   ATAU   1  buah  buku  fiksyen  atau
                         ilmiah. Tidak  boleh  pinjam   2  buah  NOVEL   pada   satu  masa.

               5.3     Tidak  dibenarkan  pinjam  2  atau 3  buah  buku  ’Green  Spot’  pada satu
masa.

5.4     Pelajar  boleh  memperbaharui  tarikh  pinjaman  sekali  sahaja.

  1. Buku ‘Green Spot’  boleh   dipinjam   selama  3  hari,  jika  lewat  pulang   denda  30  sen   sehari.
  1. Buku  ‘Red Spot’ tidak boleh dipinjam.
  1. Buku fiksyen  atau  ilmiah boleh  dipinjam  selama  seminggu,  jika lewat pulang  denda  20  sen  sehari.

Jika  buku  hilang,  sila  bayar  harga  buku  serta  denda  lewat  pulang.

  1.  Guru yang membawa kelas masuk ke Pusat Sumber :

9.1          Jika  tiada gurupelajar   tidak   dibenarkan  masuk  ke  PSS.

9.2          Pelajar diminta  beratur  semasa  masuk  dan  keluar  dari  PSS.

9.3          Guru yang  membawa  pelajar NILAM dan  lain-lain  kelas  perlu  duduk  di
                     meja pertama |dan  diminta   mengawal   disiplin   pelajar.

9.4          Guru yang melaksanakan  PdP  Pendidikan Moral  mesti  duduk semeja
bersama  pelajar.

9.5          Pelajar  diminta  menyusun  buku  di atas  meja  selepas  membaca.

9.6          Pelajar  diminta  letak  semula  majalah  di  rak  majalah.

9.7          Surat khabar  disusun  dan  diletakkan  di  rak akhbar.

9.8          Pelajar dan guru hendaklah  menolak  kerusi  ke bawah meja  sebelum
keluar  dari  PSS.

9.9          Guru   hendaklah   memeriksa   setiap   pelajar   sebelum   meninggalkan
PSS.

9.10      Guru dan pelajar diminta mencatat ke dalam buku Rekod Penggunaan PSS
semasa masuk ke PSS.

10.      Kelas  NILAM  diberi keutamaan menggunakan PSS  daripada kelas  ’Relief’.
Kelas mata pelajaran yang lain boleh  menggunakan  PSS  jika  tiada  waktu  NILAM.

  1. Bilik  Audio Visual  (BAV)

11.1   Guru  membuat   tempahan  Penggunaan   BAV  dalam   fail  yang
disediakan.

11.2   Guru mesti mencatat  ke dalam  Buku Rekod Penggunaan yang disediakan
walaupun guna sekejap sahaja.

11.3   Sebelum  meninggalkan  bilik  ini, pastikan  semua suis ditutup dan
pastikan  bilik  ini  bersih,  tiada sampah  dalam  meja  dan  di lantai.

11.4   Remote  LCD  disimpan di  Bilik  Kerja  PSS.  Remote LCD mesti
dipulangkan  dengan segera  ke PSS selepas  LCD  digunakan.

12.    Pusat  Akses
           12.1  Pelajar  sesi   pagi   menggunakan   bilik   ini   pada   waktu   petang.
Pelajar  sesi  petang menggunakan  bilik  ini  pada  waktu  pagi.

12.2  Semua guru dan pelajar yang  menggunakan bilik ini  hendaklah  mencatat
ke dalam  Buku Rekod Penggunaan  walaupun  guna   sekejap  sahaja.

12.3  Jaga   kebersihan   bilik   ini.

Advertisements