Pengenalan

Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .

Pusat Sumber  SMK SERI PERAK  akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .


Visi

       Selangkah ke Pusat Sumber Sejuta Ilmu Pengetahuan

 Misi
       Merealisasikan  visi PS dan menyediakan perkhidmatan :
  1. Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Sekolah.
  2. Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
  3. Menyediakan tempat yang selesa , ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.

PENGENALAN

Piagam

Kami warga Pusat Sumber  SMK SERI PERAK   berjanji  dengan ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya  berhasrat secara berterusan akan :

  1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
  2. Mengurus  dan menyediakan perkhidmatan terbaik  ke arah kecemerlangan pelajar.
  3. Mewujudkan  pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran.
  4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .

Matlamat

  1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya      dapat memainkan peranan positif.

Objektif

  1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
  2. Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber.
  3. Meningkatkan profesionalisme guru.
  4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.

P1 P2

KEJAYAAN PSS
Pusat Sumber SEMARAK telah memperoleh kejayaan seperti berikut:
2015 – Anugerah Kualiti Pendidikan Daerah Hilir Perak (Pusat Sumber Terbaik Sekolah Menengah)
2011 – Tempat Pertama Anugerah Pengurusan NILAM Negeri Perak Kategori Sekolah Menengah
2011 – Anugerah Kualiti Pendidikan Daerah Hilir Perak (Pengurusan NILAM Terbaik Sekolah Menengah)
2010 – Anugerah Galakan Pencapaian NILAM Kategori Sekolah Menengah Peringkat Daerah Hilir Perak
2009 – Pengurusan Pusat Sumber Terbaik Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Hilir Perak